Tuesday, August 19, 2008

Koleksi Soalan Trial SPM

SBP 2006 Maths P2 SBP 2006 Maths P1

SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2008

*BM[P1,P2] *BI[P1,P2] SEJ[P1,P2] *PHY[P1,P2,P3] *CMY[P1,P2,P3]

*BIO [P1,P2,P3] *EST[P1,P2]

1 comment:

Kavi Arasu Moorthi said...

Soalan Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2008

DIkirim oleh sifu2b di Julai 26, 2008

Soalan yang biasa ditanya, “Cikgu, cikgu rasa apa tajuk yang keluar tahun ini ya.” Seperti biasa sifu akan jawab, “Soalan dokumen sumber sudah pasti keluar, soalan 2 mungkin perkongsian lagi, soalan 3 hingga 6, nanti cikgu buat analisis.” Tapi tahun ini sifu terpaksa tambah, “Tapi ginilah, tahun 2008 ni ada perubahan sikit, so nanti sifu akan fikirkan dan buat cadangan soalan target SPM 2008.” Pelajar selalunya akan sengih, sama ada sengih nervous, atau sengih confident. Biasalah tu.

So, kali ini sifu nak buka gelanggang. Apa kata, anda semua cadangkan apakan topik yang keluar tahun ini.

Tapi sebelum itu, baca dulu maklumat ini yang sifu petik dari satu komen dalam blog Cg narzuki,

Maklumat daripada Cg Ghazali menyatakan bahawa “Perubahan 2008 bagi Kertas 2 SOALAN 2 dan 3 dari tajuk-tajuk `Anchor Item’ LCCI dan ACCA ( PP, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Ak Kelab, Ak Kawalan)

Soalan 1, 4, 5 dan 6 dari tajuk-tajuk lain.”.

Ini bermakna 2 SOALAN yang akan digunakan untuk penilaian gred LCCI-ACCA ialah SOALAN 2 dan SOALAN 3. Di mana tajuk-tajuk (Anchor Item) yang akan dikemukakan untuk tujuan tersebut adalah terdiri daripada topik-topik berikut :

1. Penyata Kewangan
2. Perkongsian
3. Rekod Tak Lengkap
4. Akaun Kelab dan Persatuan
5. Akaun Kawalan

SOALAN 1 : Dokumen sumber
SOALAN 4, 5, dan 6 : Topik-topik lain.

Terima kasih Cg Ghazali.

Setelah membaca pelbagai maklumat tentang perubahan fokus SPM 2008, maka sifu ingin menyarankan pelajar fokus kepada kemahiran berikut:-

Cadangan Soalan Kertas 2
1. Kitaran Perakaunan - dokumen sumber, BCP ke lejar dan ID;

2. Laporan kewangan - Penyata pendapatan perkongsian (lagi…);

3. Rekod tak lengkap - kaedah analisis

4. Akaun Kelab dan persatuan

5. Syarikat Berhad

6. Penyata penyesuaian bank.

Okay, itu adalah cadangan sifu. Seperti kata Cg narzuki, soalan anchor ialah soalan 2 dan soalan 3, maknanya jika pelajar nak 1A supaya dapat sijil kedua, Sijil Profesional tu, kemahiran S2 dan S3 mesti difokuskan dengan teliti termasuk menjawab dengan gerak kerja yang betul.

Apa-apapun, tolong diri anda (pelajar) sendiri, iaitu turut bersedia dengan kemahiran topik yang tidak sifu sebut di atas.

Sifu And Menulis - Soalan Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2008

-----------------------------------

KAVi: Remember, this is only a precaution to perform better. Don't ever be specified to any particular chapters when it comes to an exam. The rule plays to every single subjects you go through. Beware! May God bless you!

KAVi